_Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku
satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa
bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya
sebanyak seratus kali. Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus
kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari
nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan
ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani]. ____________________________
بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Thursday, September 13, 2012
Thursday, May 3, 2012
Doa menghindar kemudaratan
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu
doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu
petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala
kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah
seperti berikut:
Doa ringkas selepas solat
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Istighfar: mohon ampun dan taubat
Maksudnya:
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
Doa ketika keluar rumah
Maksudnya:
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".
Doa ketika masuk tandas
Maksudnya:
" Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina ".
" Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina ".
Wednesday, April 4, 2012
Doa - mohon kesyukuran
" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap
bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,
dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah
daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
(An-Naml 27:19) |
Subscribe to:
Posts (Atom)