Solat Dhuha
Solat
ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat
matahari naik lebih kurang sepenggalahan (istiwak).
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah
ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan
oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang
boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.
Dari
NIAT
أُصَلِّي
سُنَّةَ
الضُحَى
رَكْعَتَيْنِ
لِلَّهِ
تَعَالَى
Maksudnya
: Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat
kerana Allah Taala.
SURAH YANG DIBACA
Tiada ditemui riwayat
tentang surah-surah yang dibaca oleh Nabi SAW.
dalam solat ini. Antara surah yang dianjurkan
ulamak ialah Surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas atau
As-Syams dan Ad-Dhuha.
DOA SOLAT DHUHA
اللَّهُمَّ
إِنَّ الضُّحَاءَ
ضُحَاءُكَ
وَالْبَهَاءَ
بَهَائُكَ
وَالْجَمَالَ
جَمَالُكَ
وَالْقُوَّةَ
قُوَّتُكَ
وَالْقُدْرَةَ
قُدْرَتُكَ
وَالْعِصْمَةَ
عِصْمَتُكَ
. اللَّهُمَّ
إِنْ كَانَ
رِزْقِي
فِي الْسَمَاءِ
فَأَنْزِلْهُ
وَإِنْ كَانَ
فِيْ الأَرْضِ
فأَخْرِجْهُ
وَإِنْ كَانَ
مَعْسِرًا
فَيَسِّرْهُ
وَإِنْ كَانَ
حَرَامًا
فَطَهِّرْهُ
وَإِنْ كَانَ
بَعِيْدًا
فَقَرِّبْهُ
بِحَقِّ
ضُحَائِكَ
وَجَمَالِكَ
وَقُوَّتِكَ
وَقُدْرَتِكَ
آتِنِي مَا
أَتَيْتَ
عِبَادَكَ
الصَّالِحِيْنَ
.
Maksud :
Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha
itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah
keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu,
kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu
adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah
perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku
berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika
berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah,
dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka
sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah.
Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu,
Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada
kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh.
Sumber: e-mosque.com.my
No comments:
Post a Comment