Tuesday, December 1, 2009

Keampunan Allah s.w.t

Catatan dari Kuliah:

Antara amalan-amalan dan kebaikan yang akan diampunkan dosa oleh Allah s.w.t:
  • bertaubat
  • memperbanyak istigfar meminta ampun
  • sentiasa berwudhu (air wudhu adalah sebagai pendinding daripada syaitan:  tatkata membasuh muka - dosa pandangan mata akan gugur; tatkala membasuh tangan - dosa yang dibuat oleh tangan akan digugurkan; tatkala membasuh kaki - dosa ke tempat-tempat maksiat akan digugurkan).  Wudhu yang sempurna dan solat sunat dua rakaat dapat menggugurkan dosa-dosa kita oleh Allah s.w.t..  Barang siapa berwudhu sebelum ke masjid, setiap langkahnya merupakan pengampunan dosa dan akan diangkat darjat disisi Allah.
  • menjawab azan ketika laungan azan berkumandang
  • solat 5 waktu - Allah s.w.t akan menghapuskan segala dosa-dosa sebelumnya kecuali dosa besar
  • solat Jumaat (untuk lelaki) -   Hari Jumaat sebagai 'penghulu segala hari'.   Setiap langkah mendapat pahala puasa dan qiamulail selama setahun.  Pergi awal ke masjid.
  • qiamulail.  Digalakkan melakukan di tengah malam kerana diwaktu tersebut sunyi dan ianya dapat merasaikan dekatnya dengan Allah.
  • solat taubat dan solat hajat
  • selawat kepada   Rasulullah  s.a.w.  Sabda Rasulullah siapa berselawat kepada ku, 10 kali rahmat akan dikurniakan kepada mu.
  • Banyak bersedekah.  Sekiranya timbul masalah yang tidak boleh dihadapi, disarankan kita bersedekah
  • Berpuasa.  Puasa merupakan benteng dari api neraka.  Siapa yang berpuasa akan mendapat syafaat dari Allah s.w.t
  • Mengerjakan Haji dan Umrah.  Merupakan rukun islam yang wajib kepada yang mampu.  Selagi tidak mengerjakan haji, maka terhutang ia kepada Allah s.w.t.  Niat utama mengerjakan haji hendaklah menunaikan ibadah.  Semasa melakukan tawaf ianya adalah seperti memerdekakan seorang hamba.  Untuk dapat mengucup hajarulaswad walaupun ianya sunat disyorkan kita berniat bersungguh-sungguh dan berdoa memohon laluan dipermudahkan sampai kepadanya.

No comments: