Thursday, January 28, 2010

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad > S.A.W

Perkongsian email:


 1. SURAH AL-FATIHAH

 Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur  diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah  Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman  tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan  juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati  sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah  s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini  sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5  waktu.


 2. SURAH  YAASIN

 Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap  sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca  Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai  sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis  riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s..a.w. juga  bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat  dengan sebutan  "At-Mu'ammah" (yang umum), yang  mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat,
 menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun  akhirat. Pembaca  juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan  serta   segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah,  nescaya Allah akan mengampunkan dosanya..  (Hadis riwayat  Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga  jika diamalkan, akan  terselamatlah kita dari kehausan di  hari KIAMAT.

 3. SURAH  AT-DHUHAN

 Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari  huru hara di Padang Mahsyar.  


 4. SURAH AL-WAQI'AH
 

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang  mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap  malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka  yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh  kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak  14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan  dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat   Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah  sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat  35-38  sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati,  niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan  rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38  ialah : "Sesungguhnya, Kami telah  menciptakan  isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami  jadikan mereka sentiasa dara (yang  tidak pernah disentuh),  yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan  umurnya. 
 

 5. SURAH  AL-KHAUTHAR

 Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000  kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk  rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali > juga selepas solat  Isyak hingga dia tertidur,  insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam  tidurnya.

 6. SURAH   AL-KHAAFIRUUN

 Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya  seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas  dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari  peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum  tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta  membersihkan kotoran dalam diri kita.

 7. SURAH  AL-MULK

 Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk  mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa  yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis  Rasulullah s.a.w., mereka yang  mengamalkan membaca akan  surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya.  Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah,  akan terselamat dari azab kubur.. 
 

8. SURAH  AL-IKHLAS

 Rasulullah s.a.w. pernah bersabda   kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara  mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu  tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu  berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam  Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar  kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil  tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3  kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam  Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w..  pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa  hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak  meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali,  maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said  Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah  Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang  membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka  ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam  gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan   kubur dan kengerian hari kiamat."

 9. SURAH  AL-FALAQ

 Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w.  pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda  membaca  Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu  ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit  kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca  Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3  hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang  takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam  kegelapan  malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah  Al-Falaq dan Surah An-Nas  sebanyak 100 kali.

 10. SURAH  AN-NAS

 Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam  Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata  An-Nas yang  berulang kali   disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini  termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah  bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah  dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia  mahu pun jin. Surah An-Nas ini  juga adalah penerang hati

Wednesday, January 27, 2010

Keberkatan surah al-ikhlas

Perkongsian email:

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.
Sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Mukjizat di sebalik " BISMILLAH "

perkongsian email: 

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM '
yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.    Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)  
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.  
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
( QS.AL  Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka  maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya..
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.