Thursday, January 28, 2010

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad > S.A.W

Perkongsian email:


 1. SURAH AL-FATIHAH

 Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur  diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah  Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman  tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan  juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati  sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah  s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini  sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5  waktu.


 2. SURAH  YAASIN

 Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap  sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca  Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai  sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis  riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s..a.w. juga  bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat  dengan sebutan  "At-Mu'ammah" (yang umum), yang  mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat,
 menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun  akhirat. Pembaca  juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan  serta   segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah,  nescaya Allah akan mengampunkan dosanya..  (Hadis riwayat  Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga  jika diamalkan, akan  terselamatlah kita dari kehausan di  hari KIAMAT.

 3. SURAH  AT-DHUHAN

 Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari  huru hara di Padang Mahsyar.  


 4. SURAH AL-WAQI'AH
 

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang  mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap  malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka  yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh  kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak  14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan  dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat   Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah  sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat  35-38  sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati,  niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan  rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38  ialah : "Sesungguhnya, Kami telah  menciptakan  isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami  jadikan mereka sentiasa dara (yang  tidak pernah disentuh),  yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan  umurnya. 
 

 5. SURAH  AL-KHAUTHAR

 Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000  kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk  rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali > juga selepas solat  Isyak hingga dia tertidur,  insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam  tidurnya.

 6. SURAH   AL-KHAAFIRUUN

 Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya  seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas  dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari  peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum  tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta  membersihkan kotoran dalam diri kita.

 7. SURAH  AL-MULK

 Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk  mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa  yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis  Rasulullah s.a.w., mereka yang  mengamalkan membaca akan  surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya.  Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah,  akan terselamat dari azab kubur.. 
 

8. SURAH  AL-IKHLAS

 Rasulullah s.a.w. pernah bersabda   kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara  mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu  tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu  berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam  Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar  kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil  tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3  kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam  Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w..  pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa  hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak  meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali,  maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said  Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah  Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang  membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka  ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam  gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan   kubur dan kengerian hari kiamat."

 9. SURAH  AL-FALAQ

 Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w.  pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda  membaca  Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu  ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit  kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca  Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3  hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang  takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam  kegelapan  malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah  Al-Falaq dan Surah An-Nas  sebanyak 100 kali.

 10. SURAH  AN-NAS

 Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam  Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata  An-Nas yang  berulang kali   disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini  termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah  bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah  dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia  mahu pun jin. Surah An-Nas ini  juga adalah penerang hati

No comments: