Aurat wanita adalah sama seperti sewaktu kita dalam telekong iaitu cuma muka dan tangan sahaja yang boleh dibuka. Hukum membuka aurat adalah haram di sisi Islam. Tapi malang bagi umat Islam di negara Islam masih tidak mahu berfikir yang mana halal dan yang mana haram. Lebih malang lagi seorang ibu yang sudahpun menutup aurat dengan memakai tudung dan berbaju kemas melihat anak-anak didepan mata tidak menutup aurat. Malah dibelikan pula baju yang ketat, jarang, pendek sehingga menampakkan seluar dalam setiap kali membongkok. Menjadi kebanggaan si ibu apabila teman-teman memuji kecantikan dan update nya anak-anak mereka berpakaian mengikut trend/style terkini. Adakah itu merupakan pakaian seorang muslim?
Mari fikir untuk kebaikan bersama, kemana kita akan mengheret diri dan anak-anak?
No comments:
Post a Comment