Tuesday, May 31, 2011

Doa sebelum dan sesudah bangun tidur

Sebelum Tidur Membaca Doa :
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

Monday, July 26, 2010

Doa dibaca sebelum memberi salam

Riwayat hadis dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila seseorang kamu selesai dari membaca tasyahhud (yakni tahiyyat) akhir, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari empat; dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan Dajjal”. (Riwayat Imam Muslim)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab api neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah/ujian ketika hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Dajjal”.


Setelah habis membaca doa di atas, bacalah Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim dan terus memberi salam






Sunday, July 18, 2010

Orang beriman

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.”

[Surah At-taubah:18]

Zikir pendek


Ada zikir yang diajar oleh Nabi s.a.w tetapi kita tidak dituntut menghitungnya. Jadi,cukup membaca sekadar kemampuan.

Dari Abu Hurairah r.a.,katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Dua kalimat yang ringan diucapkan akan tetapi berat pada timbangan, iaitu: subhanallahi wa bihamdih,subhanallahil ‘adziim.”

[H.R. Bukhari dan Muslim]

Dari Samurah bin Jundub: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada empat perkataan yang dicintai oleh Allah iaitu: subhanallah, walhamdulillah, wa laa ilaaha illaah, wallahu akbar. Tidak salah kalau engkau memulai dari mana saja.”
[H.R. Muslim]

Tasbih, tahmid & takbir

Dari Abu Hurairah r.a.,katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang bertasbih kepada Allah (subhanallah) 33X pada setiap selesai solat(fardhu) dan bertahmid kepada Allah (alhamdulillah) 33X dan bertakbir kepada Allah (allahu akbar) 33X, maka yang demikian itu jumlahnya menjadi 99. Kemudian dia mencukupkan menjadi seratus dengan mengucapkan: Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir(1X). Maka akan diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di laut.”
[H.R. Muslim]

Monday, July 5, 2010

Doa Pelindung

Sumber:  Darussyifa
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. 

Saturday, July 3, 2010

Pesan Junjungan

''  Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasul-Nya"

 

Tuesday, June 29, 2010

Ketaatan kepada Rasulullah s.a.w

Dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sekalian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Ya Rasulullah,  siapakah orang yang enggan itu?" Baginda menjawab:  "Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan." (Bukhari)

Dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang taat kepada ku maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah,  dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah,  dan (selain itu) sesiapa yang taat kepada ketua - pemerintah maka sesungguhnya ia telah taat kepada ku dan sesiapa yang derhaka kepada ketua - pemerintah maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada ku .." (Bukhari dan Muslim)



Tuesday, June 8, 2010

Bacaan dalam Solat

pengkongsian email:
 
semoga dengan memahami bacaan  
akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.  
 

Allah Maha Besar    
(Takbiratulihram)


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut 

 
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 

 
"Wahai Tuhan,  aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa  kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Saturday, May 8, 2010

KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga perkara' iaitu :-
   1] Sedekah jariah
   2] Ilmu yang bermanfaat
   3] Anak yang mendoakannya 


  
SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat    
    hasanah
3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang
4. Bantu Pendidikan seorang anak
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a.  Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah
6. Berbahagi CD Quran atau Do'a.
7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta
8. Letakkan pendingin air di tempat umum
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat 
    hasanah

Friday, May 7, 2010

Renungan bersama.....

Artikel dari Laman Nurani:

Penerbangan terakhir kita bukan dengan pesawat AIRLINES tapi KERANDA yang dipandu 4 manusia menjadi roda. Bekal kita bukan WANG&HARTA tapi AMAL IBADAH. Baju yang kita pakai bukan jenama LEVIS tapi kain KAFAN. Bukan PRAMUGARI yang melayan kita tetapi MALAIKAT MUNKAR NAKIR. Pendaratan kita bukan di JAPAN@USA tapi TANAH PERKUBURAN..pasport kita AL-ISLAM, visa kita bukan 2 tahun tapi untuk selama-lamanya. Tempat tidur kita bukan SPRINGBAD tapi TANAH LIAT..adakah kita sudah bersedia?

Thursday, January 28, 2010

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad > S.A.W

Perkongsian email:


 1. SURAH AL-FATIHAH

 Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur  diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah  Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman  tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan  juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati  sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah  s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini  sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5  waktu.


 2. SURAH  YAASIN

 Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap  sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca  Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai  sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis  riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s..a.w. juga  bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat  dengan sebutan  "At-Mu'ammah" (yang umum), yang  mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat,
 menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun  akhirat. Pembaca  juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan  serta   segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah,  nescaya Allah akan mengampunkan dosanya..  (Hadis riwayat  Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga  jika diamalkan, akan  terselamatlah kita dari kehausan di  hari KIAMAT.

 3. SURAH  AT-DHUHAN

 Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari  huru hara di Padang Mahsyar.  


 4. SURAH AL-WAQI'AH
 

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang  mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap  malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka  yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh  kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak  14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan  dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat   Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah  sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat  35-38  sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati,  niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan  rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38  ialah : "Sesungguhnya, Kami telah  menciptakan  isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami  jadikan mereka sentiasa dara (yang  tidak pernah disentuh),  yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan  umurnya. 
 

 5. SURAH  AL-KHAUTHAR

 Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000  kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk  rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali > juga selepas solat  Isyak hingga dia tertidur,  insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam  tidurnya.

 6. SURAH   AL-KHAAFIRUUN

 Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya  seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas  dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari  peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum  tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta  membersihkan kotoran dalam diri kita.

 7. SURAH  AL-MULK

 Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk  mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa  yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis  Rasulullah s.a.w., mereka yang  mengamalkan membaca akan  surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya.  Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah,  akan terselamat dari azab kubur.. 
 

8. SURAH  AL-IKHLAS

 Rasulullah s.a.w. pernah bersabda   kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara  mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu  tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu  berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam  Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar  kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil  tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3  kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam  Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w..  pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa  hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak  meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali,  maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said  Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah  Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang  membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka  ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam  gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan   kubur dan kengerian hari kiamat."

 9. SURAH  AL-FALAQ

 Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w.  pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda  membaca  Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu  ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit  kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca  Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3  hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang  takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam  kegelapan  malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah  Al-Falaq dan Surah An-Nas  sebanyak 100 kali.

 10. SURAH  AN-NAS

 Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam  Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata  An-Nas yang  berulang kali   disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini  termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah  bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah  dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia  mahu pun jin. Surah An-Nas ini  juga adalah penerang hati

Wednesday, January 27, 2010

Keberkatan surah al-ikhlas

Perkongsian email:

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.
Sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Mukjizat di sebalik " BISMILLAH "

perkongsian email: 

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM '
yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.    Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)  
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.  
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
( QS.AL  Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka  maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya..
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.  

Tuesday, December 1, 2009

Keampunan Allah s.w.t

Catatan dari Kuliah:

Antara amalan-amalan dan kebaikan yang akan diampunkan dosa oleh Allah s.w.t:
  • bertaubat
  • memperbanyak istigfar meminta ampun
  • sentiasa berwudhu (air wudhu adalah sebagai pendinding daripada syaitan:  tatkata membasuh muka - dosa pandangan mata akan gugur; tatkala membasuh tangan - dosa yang dibuat oleh tangan akan digugurkan; tatkala membasuh kaki - dosa ke tempat-tempat maksiat akan digugurkan).  Wudhu yang sempurna dan solat sunat dua rakaat dapat menggugurkan dosa-dosa kita oleh Allah s.w.t..  Barang siapa berwudhu sebelum ke masjid, setiap langkahnya merupakan pengampunan dosa dan akan diangkat darjat disisi Allah.
  • menjawab azan ketika laungan azan berkumandang
  • solat 5 waktu - Allah s.w.t akan menghapuskan segala dosa-dosa sebelumnya kecuali dosa besar
  • solat Jumaat (untuk lelaki) -   Hari Jumaat sebagai 'penghulu segala hari'.   Setiap langkah mendapat pahala puasa dan qiamulail selama setahun.  Pergi awal ke masjid.
  • qiamulail.  Digalakkan melakukan di tengah malam kerana diwaktu tersebut sunyi dan ianya dapat merasaikan dekatnya dengan Allah.
  • solat taubat dan solat hajat
  • selawat kepada   Rasulullah  s.a.w.  Sabda Rasulullah siapa berselawat kepada ku, 10 kali rahmat akan dikurniakan kepada mu.
  • Banyak bersedekah.  Sekiranya timbul masalah yang tidak boleh dihadapi, disarankan kita bersedekah
  • Berpuasa.  Puasa merupakan benteng dari api neraka.  Siapa yang berpuasa akan mendapat syafaat dari Allah s.w.t
  • Mengerjakan Haji dan Umrah.  Merupakan rukun islam yang wajib kepada yang mampu.  Selagi tidak mengerjakan haji, maka terhutang ia kepada Allah s.w.t.  Niat utama mengerjakan haji hendaklah menunaikan ibadah.  Semasa melakukan tawaf ianya adalah seperti memerdekakan seorang hamba.  Untuk dapat mengucup hajarulaswad walaupun ianya sunat disyorkan kita berniat bersungguh-sungguh dan berdoa memohon laluan dipermudahkan sampai kepadanya.

Friday, November 20, 2009

Pakaian

Aurat wanita adalah sama seperti sewaktu kita dalam telekong iaitu cuma muka dan tangan sahaja yang boleh dibuka.  Hukum membuka aurat adalah haram di sisi Islam.  Tapi malang bagi umat Islam di negara Islam masih tidak mahu berfikir yang mana halal dan yang mana haram.   Lebih malang lagi seorang ibu yang sudahpun menutup aurat dengan memakai tudung dan berbaju kemas melihat anak-anak didepan mata tidak menutup aurat.  Malah dibelikan pula baju yang ketat, jarang, pendek sehingga menampakkan seluar dalam setiap kali membongkok.     Menjadi kebanggaan si ibu apabila teman-teman memuji  kecantikan dan update nya anak-anak mereka berpakaian mengikut trend/style terkini.  Adakah itu merupakan pakaian seorang muslim?
Mari fikir untuk kebaikan bersama,  kemana kita akan mengheret diri dan anak-anak?  

HIJAB

 Hijab - a proper understanding

Sumber:  farihinfong.blogspot
To learn about the hijab and understand properly its imports would indicate almost all malaysian women are no longer proper muslims nor do they understand what it means to cover up.

Glance all around KL and one would find the common muslim women wearing a body-hugging shirt and jeans, attired by the 'tudung' signalling their belonging to a seemingly 'Islamic' body of believers. Little do they take the time to understand what Allah and his Rasul has ordered regarding the Hijab. Do they not question the wearing of the 'tudung' when the shapes of the bodies are visible? What's the purpose of covering the head and then wear see-through clothes, and short-sleeves shirts? Isn't the uncovered hands part of their awrah? But they leave that exposed and cover their heads? Without proper learning, we'll soon see the day when some muslimah might wear a bikini and then wear a 'tudung', auzubillah. But what can you expect from a people who are 'led' mostly by ignorant artists and pomp?

Hijaab is an Arabic word that describes the Muslim woman's entire dress code, which includes a veil and whatever else is needed to cover everything except the face and hands. It is adopted at puberty - an age when, according to Islam, people become accountable for their actions.

Wednesday, November 18, 2009

Doa Nabi Zakaria ( memohon zuriat)


Surah A-li 'Imraan[38]
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". 


 (Ustazah menyarankan membaca doa di atas disamping Istighfar 100 kali sehari (selama 41 hari) bagi mereka yang masih belum dikurnia cahaya mata.  Bagi mudah bersalin disaran membaca Surah Mariam setiap hari)

Doa Agar Berbuat Baik dan Meninggalkan Berbuat Jahat


Surah Al-Baqarah [286]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Monday, November 9, 2009

Doa Menaiki Kenderaan

Surah Az-Zukhruf [13-14]

"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.    Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

Doa Mohon Keampunan dan Rahmat


Surah Al-A'raaf [23]
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". 


(Doa Nabi Adam dan Hawa kepada Allah kerana merasa berdosa melanggar perintah Allah)

Doa Mohon Kebaikan Dunia Akhirat


Surah Al-Baqarah[201]
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

Doa Mohon Keteguhan Iman


Surah A-li Imran [8]
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Ayat Al-Kursi


Surah Al-Baqarah [255]
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Tuesday, November 3, 2009

Sambal Ikan Bilis

Cili Padi
Ikan Bilis
Buah asam limau

Cili padi ditumbuk. Masukkan ikan bilis yang sudah dibasuh dan tambah garam sikit.
Akhirnya perah asam limau. Sedap dimakan dengan sebarang ulam.

- emph... tambah selera, tak percaya ?

Monday, November 2, 2009

Surah Al-Munafikun (Surah ke 63)

Catatan dari kuliah tafsir di surau

Surah Al-Munafikun adalah surah khas bagi orang-orang munafik. Antara sifat orang munafik adalah:

1. Bila bercakap suka berbohong
2. Bila berjanji suka mengingkari
3. Tidak amanah

Ustazah memberi penekanan agar sentiasa mengingati Allah dengan berzikir. Jangan kita dilalaikan oleh harta benda di dunia dan anak-anak; juga disuruh sentiasa bersedekah sepertimana ayat berikut:

Ayat[9]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Ayat[10]
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

Berikut doa yang perlu diamalkan setiap lepas solat: "Ya Allah aku berlindung dari sifat munafik, rezeki yang sempit dan akhlak yang hodoh"

Thursday, October 29, 2009

Doa dalam kesusahan dan kecemasan






"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong)
melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada 
melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku 
adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".
- Surah Al-Anbiya 87

Thursday, October 22, 2009

Sos Pasta (Sup cendawan)

Bawang besar (Holland) - sebiji
Bawang putih - 3 biji
Cendawan butang - 1 tin
Isi ayam - potong dadu/kecil-kecil
Serbuk lada hitam - ikut rasa (lebihkan sikit)
Sedikit Butter - untuk tumis
Susu segar 1 kotak

Cara: Panas butter, tumis b/besar, b/putih. Masukkan isi ayam, cendawan, lada hitam dan susu segar. Kalau kuahnya agak cair, untuk memekatkannya masukkan 1 sudu makan tepong gandum

Garlic Butter

Mentega
Bawang Putih
Daun Pasli

Cara:
Bawang putih di cincang halus dan daun pasli di hiris halus dan dicampurkan dengan mentega. Gaul hingga sebati. Sapu di atas roti france dan bakar. Selamat mencuba

* Bawang putih ikut suka banyaknya.
* Jangan guna majerin.. kurang sedap

Wednesday, October 21, 2009

Solat Sunat Dhuha

Solat Dhuha

Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.

Dari
NIAT
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.

SURAH YANG DIBACA

Tiada ditemui riwayat tentang surah-surah yang dibaca oleh Nabi SAW. dalam solat ini. Antara surah yang dianjurkan ulamak ialah Surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas atau As-Syams dan Ad-Dhuha.

DOA SOLAT DHUHA

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .
Maksud :
Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.
Sumber: e-mosque.com.my

Tuesday, October 20, 2009

alkohol


Sumber: web MUIS

1. Bolehkah makanan seperti kek yang mengandungi sedikit alkohol yang tidak memabukkan dimakan?

Alkohol dilarang bukanlah hanya kerana ia memabukkan tapi kerana ia adalah najis. Keempat-empat mazhab, iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali telah bersepakat bahawa alkohol adalah najis. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t di Surah Al-Ma’idah ayat 90 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” Alkohol adalah memabukkan. Rasulullah s.a.w bersabda: Apa yang banyaknya memabukkan, maka sikitnya juga adalah haram. Dengan demikian, walaupun makanan dititiskan dengan alkohol, ia tetap adalah haram dan najis untuk dimakan. Walaupun ia tidak memabukkan.

Oleh itu, makanan yang sudah terkena alkohol walaupun sedikit adalah najis dan dilarang untuk memakannya. Ini termasuk kek yang mengandungi alkohol.
2.

Bolehkah menggunakan "wine" untuk memasak jika cecair itu hilang (evaporate) sewaktu memasak?


Alkohol dilarang bukanlah hanya kerana ia memabukkan tapi kerana ia adalah najis. Keempat-empat mazhab, iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali telah bersepakat bahawa alkohol adalah najis. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t di Surah Al-Ma’idah ayat 90 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Arak dalam apa jua bentuk dan nama, adalah najis dan haram dimakan oleh orang Islam. Oleh itu, membubuhkan cuka atau apa sahaja perasa makanan yang mengandungi alkohol adalah haram diambil, walaupun setelah dimasak alkohol tersebut akan 'hilang' dan kering. Ini adalah kerana apabila sahaja alkohol tersebut terkena makanan, makanan itu akan menjadi najis dan tidak boleh dimakan oleh orang Islam.
3.

Bolehkah seseorang itu menghadiri kursus memasak yang menggunakan alkohol dan bahan-bahan yang tidak halal?


Memasak dengan bahan-bahan yang tidak halal dibolehkan jika syarat-syarat berikut di patuhi:

1) Masakan tersebut tidak disediakan kepada orang Islam.

2) Masakan itu tidak dimakan oleh tukang masak Islam itu sendiri. Jikalau perlu merasa masakan tersebut, ia harus dalam kuantiti yang kecil dan tidak harus ditelan. Bagi daging babi dan anjing, ia tidak harus dirasai langsung.

3) Jikalau tangan atau mana-mana anggota badan terkena bahan-bahan tidak halal tersebut, anggota tersebut harus dibersihkan. Misalnya, yang terkena daging babi harus disertu.

Diingatkan disini bahawa ia dibenarkan untuk tujuan belajar sahaja, apabila pelajar tersebut sudah menjadi tukang masak profesional, beliau harus mengelakkan dari penggunaan alkohol dalam masakannya, walaupun ia disediakan untuk orang bukan Islam, kerana orang Islam dilarang mengaitkan diri dengan


4.

Bolehkah seseorang itu menggunakan semburan mulut yang mengandungi alkohol?


Alkohol dibahagikan kepada 3 jenis: 1) Ethanol yang dibentuk secara semulajadi, yang terdapat dalam kuantiti yang sangat kecil, di kebanyakan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

2) Ethanol yang dibentuk dari proses penapaian karbohidrat. 3) Ethanol yang dibentuk dari petro-kimia yang lain. Jenis alkohol yang biasanya digunakan di dalam produk-produk yang tujuannya bukan untuk dimakan dibuat dari petro-kimia perindustrian dan bukan dari proses penapaian karbohidrat. Menurut ulama, alkohol jenis ini bukan najis dan boleh digunakan.

Walaubagaimanapun, adalah lebih selamat jika semburan mulut yang tidak mengandungi alkohol tersebut digunakan jika ada.




5.

Adakah dibenarkan memakan ubat yang mengandungi bahan yang tidak halal seperti alkohol?


Secara umum, perkara yang tidak halal perlu dihindari. Akan tetapi setiap perkara yang umum ada pengecualiannya. Di dalam persoalan anda, jika ubat yang mengandungi bahan yang tidak halal itu hanya satu-satunya ubat yang boleh mengubati sakit dan tidak ada ubat lain maka dalam keadaan begini merupakan satu pengecualian. Dari itu sebaiknya anda rujuk perkara ini pada doktor anda untuk mendapatkan ubat-ubatan yang tiada bahan meragukan.

Sayugia diingatkan bahawa perkara ini hanya boleh dilakukan jika seseorang itu sudah menghauskan semua usaha untuk mencari ubat yang halal tetapi masih tidak menjumpainya. Analogi ini sama seperti orang yang tidak menjumpai air untuk berwudhu’. Mereka dibenarkan bertayammum tetapi hanya selepas berusaha untuk mencari air dan tidak menjumpainya. Dalam keadaan air sudah dijumpai, tayammum tidak boleh dilakukan

6.

Adakah proses pemeraman dalam membuat tapai menyebabkannya menjadi produk yang beralkohol?


Ada perbezaan hukum di antara makanan atau minuman yang sengaja dicampur dengan alkohol dengan makanan atau minuman yang telah sedia ada mengandungi alkohol melalui proses penapaian. Walaupun alkohol telah wujud di situ, dalam makanan seperti tapai umpamanya, namun selagi kandungan alkohol di dalam tapai tersebut tidak memabukkan, maka tapai tersebut tidaklah haram dimakan. Beras dan ubi hanya memabukkan apabila ia sedang ditapai, selepas proses pemeraman/ penapaian tersebut sudah selesai, elemen yang memabukkan, iaitu alkohol, akan hilang. Dengan itu, tapai dianggap sebagai Halal.


Monday, October 19, 2009

Doa untuk Ibu Bapa









Ya Allah! Ampunilah aku dan ibu bapaku, dan kasihanilah
keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil.

Zikir

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

كلمتان خفيفتان على اللسان ، ثقيلتان في الميزان ، حبيبتان إلى الرحمن : سبحان الله وبحمده ، سبحان الله العظيم

"Dua kalimah yang ringan diucap dengan lidah, berat timbangan pahalanya dan disenangi oleh Allah Yang Maha Pemurah: Subhanallah wa bihamdih (Maha suci Allah dan dengan kepujianNya) dan Subhanallahil 'Azim (Maha suci Allah dengan segala keagunganNya)."

- Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari (6406, 6682, 7563), Muslim (dzikir dan doa / 31), at-Tirmizi (3467), Ibn Majah (3806), an-Nasa-i dalam kitab Amal Yaum wa Lailah dari hadis Abu Hurairah r.a.


Dari Abu Dzar radhiallahu'anhu:
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : (ألا أخبرك بأحب الكلام إلى الله تعالى ؟ إن أحب الكلام إلى الله : سبحان الله وبحمده) وفي رواية : سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم : أي الكلام أفضل ؟ قال : ما اصطفى الله لملائكته أو لعباده : سبحان الله وبحمده

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadaku: "Mahukah kamu aku beritahu sesuatu ucapan yang paling disukai oleh Allah Ta'ala? Sesungguhnya ucapan yang paling disukai oleh Allah: (ialah) Subhanallahi wabihamdih (Maha suci Allah dan dengan kepujianNya). Dalam riwayat lain, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ditanya tentang bacaan yang paling utama, beliau bersabda, bacan yang telah dipilih oleh Allah untuk para MalaikatNya atau hamba-hambaNya, iaitu Subhanallahi wa bihamdih."

- Hadis sahih diriwayatkan oleh Muslim (dzikir dan doa / 84-65), Tirmizi (3593), dari hadis Abu Dzar al-Ghifari r.a.


Dari Samurah bin Jundab radhiallahu 'anhu, ia berkata:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أحب الكلام إلى الله تعالى أربع : سبحان الله ، والحمد لله ، ولا إله إلا الله ، والله أكبر ، لا يضرك بأيهن بدأت

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Bacaan yang paling disukai oleh Allah Ta'ala ada empat, iaitu Subhanallah (Maha suci Allah), walhamdulillah (dan segala puji bagi Allah), wa laa ilaa haillallah (dan tiada Ilah kecuali Allah), wallahu Akbar (dan Allah Maha Besar), tidak ada salahnya kalimah manapun yang kamu memulakan membacanya."

- Hadis sahih diriwayatkan oleh Muslim (Adab / 12) ada kelengkapan hadis tersebut dalam sahih Muslim, Ibn Majah (3811) dengan ringkas, An-Nasa-i dalam Amal Yaum wa Lailah.


Dari Abu Malik Al-Asy'ari radhiallahu'anhu, ia berkata:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (الطهور شطر الإيمان ، والحمد لله تملأ الميزان ، وسبحان الله والحمد لله تملآن ، أو تملأ - ما بين السموات والأرض

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, " Bersuci sebahagian dari pada iman, bacaan Al-Hamdulillah (segala Puji bagi Allah) memenuhi timbangan amal, sedangkan Subhanallah walhamdulillah tamla'an, au tamla'u maa baynas samawati wal ardhi (Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah yang kebaikanNya memenuhi apa-apa yang ada di langit dan di bumi)."

- Hadis sahih riwayat Muslim (Thaharah / 1) dari hadis Abu Malik al-Asy'ari, dan diriwayatkan oleh Tirmizi (3517), An-Nasai dalam Amal Yaum wa Lailah.


Dari Juwairiyah Ummul Mukminin (Isteri Nabi sallallahu'alaihi wasallam):
"Sesungguhnya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam keluar meninggalkan Juwairiyah pada awal pagi, ketika ia hendak melaksanakan solat subuh, sedangkan Juwairiyah duduk duduk di tempat solatnya, kemudian Nabi datang sesudah matahari timbul setinggi penggalah, sedangkan ia tetap duduk di tempat solatnya, Nabi bersabda, "Rupanya kamu tetap seperti aku tinggalkan tadi," Juwairiyah menjawab, "Ya, Nabi sallallahu'alihi wasallam bersabda lagi, "Sesungguhnya tadi aku setelah meninggalkanmu, saya telah membaca empat kalimat sebanyak tiga kali, jika kamu timbang amalan yang engkau baca tadi sampai sekarang tentu akan sebanding empat kalimat itu, kelimah-kalimat tersebut adalah:

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ . وفي رواية: سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ خَلْقِهِ سُبْحَانَ اللهِ رِضَى نَفْسِهِ سُبْحَانَ اللهِ زِنََةَ عَرْشِهِ سُبْحَانَ اللهِ مِدَادَ كَلِمَاتِهِ

"Maha suci Allah dan segala puji bagiNya, sejumlah makhlukNya, seluas redhaNya, seberat ArasyNya, dan sebanyak tinta pencatat kalimatNya. Dan menurut riwayat lain: Maha suci Allah sebilang makhlukNya, Maha suci Allah seluas redhaNya, Maha suci Allah seberat ArasyNya dan Maha suci Allah sebanyak tinta pencatat amal kebaikanNya."

- Hadis sahih diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya (dzikir / 79), Ibnu Majah (3808) dari jalur Karib dari Ibnu Abbas r.anhuma, dari Juwairiyah.

Kami meriwayatkan dalam kitab At-Tirmizi dan lafaznya adalah: "Maukah kamu aku ajarkan kalimat yang akan kamu ucapkan nantinya,
سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ خَلْقِهِ سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ خَلْقِهِ سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ خَلْقِهِ ، سُبْحَانَ اللهِ رِضَى نَفْسِهِ سُبْحَانَ اللهِ رِضَى نَفْسِهِ سُبْحَانَ اللهِ رِضَى نَفْسِهِ ، سُبْحَانَ اللهِ زِنَةَ عَرْشِهِ سُبْحَانَ اللهِ زِنَةَ عَرْشِهِ سُبْحَانَ اللهِ زِنَةَ عَرْشِهِ ، سُبْحَانَ اللهِ مِدَادَ كَلِمَاتِهِ سُبْحَانَ اللهِ مِدَادَ كَلِمَاتِهِ سُبْحَانَ اللهِ مِدَادَ كَلِمَاتِهِ

"Maha suci Allah sejumlah makhlukNya (sebanyak 3 kali), Maha suci Allah seluas keredhaanNya (sebanyak 3 kali), Maha suci Allah seberat ArasyNya (sebanyak 3 kali), Maha suci Allah sebanyak tinta amal kebaikanNya (sebanyak 3 kali)."

- Hadis sahih diriwayatkan oleh at-Tirmizi (3555) ia berkata, "Hadis hasan sahih", An-Nasa-i dalam kitab sunannya bab jenis lain daripada jumlah tasbih dan juga dalam amal yaum wa lailah, dan perkataannya "...dan sebanyak tinta amal kebaikanNya." Atau sepertimana dalam jumlah, atau bahawasanya hal itu tak terhingga, atau dalam jumlah pahala yang akan didapatinya tak terhingga.


Dari Abu Hurairah radhiallahu alnhu, ia berkata:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " لأَنْ أَقُوْلُ : سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ للهِ ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ

"Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda, "Bila aku mengucapkan: Maha suci Allah segala buji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah dan Allah maha Besar, adalah lebih aku sukai daripada faedah yang terdapat disaat matahari terbit."

- Hadis sahih riwayat Muslim (dzikir dan doa / 32), at-Tirmizi (3597), An-Nasa-i dalam kitab Amal Yaum wa Lailah.


Dari Abu Ayyub Al-Anshari radhiallau'anhu:
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : مَن قال لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وُلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ ، كَانَ كَمَنْ أَعْتَقَ أَرْبَعَةَ أَنفُسٍ مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيْلَ

"Dari Nabi sallallahu'alaihi wasallam: siapa membaca, Tidak ada tuhan selain Allah, Dia yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagi kerajaanNya, bagiNya segala puji, Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, Sebanyak10 kali, pahalanya adalah sama seperti orang yang memerdekakan empat orang budak dari keturunan Nabi Isma'il."

- Muttafaqun 'alaih, riwayat Bukhari (6404), dan Muslim (dzikir dan doa / 30).


Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu: "Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda: Barang siapa yang membaca:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وُلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْرٌ

"Tidak ada tuhan selain Allah, Dia yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagi kerajaanNya, bagiNya segala puji, Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu," - pada suatu hari sebanyak 100 kali, adalah baginya kebaikan seperti memerdekakan sepuluh orang budak, dicatat pula baginya 100 kebaikan lainnya, dan dihapuskan darinya seratus macam kejahatan, Pada Hari itu ia terpelihara dari gangguan syaitan sehingga ke petang harinya, tidak ada seorang pun yang lebih baik darinya kecuali mereka yang beramal lebih banyak. Nabi sallallahu'alaihi wasallam bersabda lagi, "Barangsiapa yang membaca:
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ
"Maha suci Allah dan dengan kepujianNya, - Sebanyak seratus kali, nescaya dihapukan kesalahan-kesalahannya sekalipun dosanya sebanyak buih dilautan."

- Muttafaqun'alaih, riwayat Bukhari dalam sahihnya (6403), Muslim (dzikir dan doa / 28), at-Tirmizi (3468), Ibn Majah (3798) dari hadis Abu Hurairah r.a.

Dari Jabir bin Abdullah radhiallahu 'anhu, ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah sallallahu'alaih wasallam bersabda:
أَفْضَلُ الذِّكْرِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
"Sebaik-baik dzikir adalah dzikir Laa ilaaha illaLlah (tiada tuhan yang berhak disembah, kecuali Allah)."

- Hadis hasan diriwayatkan oleh at-Tirmizi (3383), Ibn Majah (3800), melengkapi hadis keduanya: "Sebaik-baik doa adalah Al-Hamdulillah." Lihat as-Sahihah, Al-Albani (1497).


Dari Abu Musa Al-Asy'ari radhiallahu 'anhu, dari Nabi sallallahu'alaihi wasallam:

مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكره ، مثل الحي والميت

"Perbandingan orang yang berdzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berdzikir kepadaNya adalah seperti orang hidup dengan orang mati."

- Hadis sahih riwayat Bukhari (6407), dan Ibn Abi 'Ashim dalam kitab as-Sunnah (5/14).

Penghulu Istighfar

Penghulu Istighfar

Sabda Rasul SAW.: Penghulu istighfar ialah:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ

أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْب

إِلاَّ أَنْتَ

Ertinya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau,
Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu
yang aku boleh (laksanakan),
Aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan,
Aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikmu,
Dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku,
Kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau". (HR Bukhari)
Fadilatnya Penghulu Istighfar: Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan, lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga.
Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi,
maka ia termasuk ahli syurga. (HR Bukhari)